Road to Ireland Games

Road To Ireland Games 2015


“Road To Ireland Games” merupakan suatu inisiatif Biro Sukan & Rekreasi PPMC sebagai platform mempersiapkan atlet Cork untuk bersaing di sukan berprestij warga Malaysia seluruh Ireland iaitu Ireland Games. Di samping menggalakkan penyertaan sukan (participation) oleh ahli-ahli PPMC, projek ini juga bertujuan memupuk kebersamaan (camaraderie) para pemain sebagai satu kontinjen dan bukan hanya sebagai individu yang bersiang dalam acara sukan tersendiri sahaja. Oleh itu, kami menamakan kontinjen ini sebagai Team Cork dan kami mengharapkan para atlet dapat saling menyokong antara satu sama lain tidak kira dalam apa jua sukan yang diceburi. Projek ini juga akan dapat membimbing pemain-pemain baru yang ingin serius dalam sukan yang diminati bersama para jurulatih yang berpengalaman serta mengasah bakat pemain sedia ada untuk pergi lebih jauh dalam bidang masing-masing (professionalisme).

Garis Masa Projek
Januari – September          = Pembentukan pasukan bagi semua sukan dan Team Cork, Pencarian penaja bagi menampung dana projek.
September – Oktober         = Sesi latihan bersama jurulatih dan pengendali pasukan
Oktober                                 = Perjumpaan bersama kesemua atlet, Program berbentuk suntikan moral, Penyertaan dalam Ireland Games 2015

Sebagai permulaan, projek ini berbentuk jangka pendek (mesocycle training) kerana pencarian bakat baru untuk membentuk pasukan pemain yang konsisten memerlukan masa. Akan tetapi sepanjang masa Biro Sukan akan sentiasa menggalakkan pemain-pemain yang menaruh harapan untuk mewakili Cork untuk memulakan latihan sendiri sebelum bermulanya sesi latihan intensif bersama jurulatih rasmi.

Inisiatif Penajaan
Bagi sesi 2015/2016, Biro Sukan & Rekreasi PPMC berjaya menarik penajaan daripada tiga pihak iaitu dua syarikat dan sebuah organisasi bebas. Dua syarikat tersebut ialah NusaLink Limited, sebuah syarikat logistic yang berpengkalan di Dublin, dan Chilli Padi Restaurant, sebuah restoran makanan Asia terkemuka di Cork. Kedua-dua syarikat ini sudi menjadi penaja utama bagi Team Cork.Surgical Scientist juga turut serta sebagai ‘co-sponsor’. Ahli Warga Malaysia Cork (WMC) yang terdiri daripada pelbagai latar belakang professional juga turut menyumbangkan dana secara peribadi. Dana yang diperoleh akan digunakan untuk menampung perbelanjaan latihan intensif sepanjang dua bulan.

Pembentukan Pasukan
Pasukan dibentuk melalui program sukan secara berkala yang melibatkan semua ahli PPMC mengikut rumah sukan masing-masing. Jurulatih akan membuat pemilihan pada program sukan tersebut, akan tetapi penyertaan tetap dibuka buat mereka yang berminat dan bersedia untuk dilatih.


Suntikan Moral
Dana yang diperoleh melalui penajaan juga akan digunakan untuk program suntikan moral buat atlet. Biro Sukan membuat keputusan untuk membelanjakan sebahagian dana yang diperoleh untuk menampung sebahagian kecil kos pembelian jersi bagi setiap pemain dalam bentuk pemberian ‘cashback’. Majlis jamuan makan dan penyampaian amanat Presiden juga akan dianjurkan bagi mengumpulkan para atlet seminggu sebelum kejohanan untuk menaikkan semangat atlet sebelum kejohanan berlangsung.
………………………………………………………………………………………………………………………………………........
Kami percaya tidak pernah terlalu lewat untuk sesiapa pun menjadi aktif dan berjaya dalam sesuatu sukan.


Exco Sukan & Rekreasi 14/15
Persatuan Pelajar Malaysia Cork